Setiap
kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan
bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah
menceritakan‘ Kalau Nabi berada di rumah,beliau selalu membantu urusan
rumahtangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
Pernah
baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu..Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah
pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi
bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan
’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah.’Rasulullah lantas berkata,‘Jika begitu aku puasa saja hari
ini.’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
Sebaliknya
baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul
isterinya.Rasulullah menegur,‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas
dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah
diberi nasihat dia tetap begitu juga,jadi aku pukul lah dia.’‘Aku tidak
menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam,.‘Aku
menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?’
Pernah baginda
bersabda,’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah
lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,sabar dan rendah hati baginda dalam
menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Rasulullah juga sangat romatis kepada istri-istrinya. Beliau selalu menggandengan tangan istrinya jika keluar rumah. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Apabila pasangan suami istri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”.
Baginda Nabi SAW juga selalu memanggil istri-istrinya dengan panggilan yang menyenangkan dan membuat hati berbunga-bunga. "Wahai si pipi kemerah-merahan" adalah contoh panggilan yang selalu beliau ucapkan tatkala memanggil Aisyah.
Itulah sedikit contoh romantisme Rasulullah SAW yang dapat kita teladani dan praktekkan dalam kehidupan berumahtangga. Tentu, masih banyak contoh romantisme lainnya.
Mengenang pribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan pribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sebagaimana yang diberitakan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata karena takut kepada ALLAH, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar